Chef Riz Dan Ana Dahlia Selamat Diijabkabul
Sunday, December 11, 2011 by Author
TAIPING,PERAK – Tahniah dan selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohd. Nadzri Redzuawan,29 atau lebih dikenali dengan nama Chef Riz dan Ana Dahlia,28. Dengan sekali lafaz, pelakon Ana Dahlia sah bergelar isteri kepada Chef Riz , di rumah pengantin perempuan di Taiping, Perak.
Ana berwalikan bapa kandungnya, Jaafar Mat Ali, 58, telah dinikahkan oleh Naib Kadi Kampung Batu 8, Changkat Jering, Taiping, Perak, Ustaz Nawi Osman, 59, kira-kira pukul 12.30 tengah hari dengan mas kahwin sebanyak RM1 001.
Ia turut disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dan rakan-rakan terdekat pasangan pengantin.
Pada majlis tersebut, Ana menerima wang hantaran berjumlah RM20,000 dengan 10 dulang hantaran, manakala, pihak Riz menerima 15 dulang.
Pasangan dua merpati sejoli ini berpakaian sedondon rona putih rekaan Fendi dari butik Syarakim.
Majlis persandingan mereka akan diadakan pada malam ini bertempat di Menara Kamalbina, Taman Tasik, Taiping, Perak. Majlis menyambut tetamu di sebelah pihak lelaki pula akan diadakan di Kg. Sg. Koyan, Pahang pada 18 Disember nanti.
wah taniah.mcm muka dira melodi pon ade
ReplyDelete