Jom heboh yang baru berlangsung di kelantan baru-baru ini sememangnya meriah dan paling unik apabila artis dan selebriti wanita kebanyakkannya memakai tudung. Mungkin sebagai simbolik kepada negeri kelantan yang menjadikan islam sebagai gaya hidup mereka. Tetapi, ada juga suara yang kurang enak mengenai selebriti yang hadir untuk karnival itu. Persoalan muncul apabila Fida yang baru-baru ini popular akibat kontroversi cintanya dengan mamat telah membuat ramai yang tertanya-tanya akan fesyen tudung Fida.
Adakah Fida betul-betul sudah berubah setelah gambarnya yang ‘nampak rambut’ dimuatnaik mamat itu tersebar, Adakah mungkin Fida berfikir alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan? Alang-alang sudah ramai yang lihat rambutnya bukan. Itu kami tidak tahu sebab kenalah tanya tuan punya badan.
Cuma gambar tudung Fida di karnival itu agak lain jika nak dibandingkan dengan artis yang tidak bertudung tetapi bertudung apabila bersama menyertai Jomheboh di negeri Kelantan ini.Mengapa Fida yang dulunya benar-benar menutup rambutnya dari dilihat umum kini seakan mahu memperlihatkannya kepada umum?
Oleh: Melodi
Kredit: Sumber
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com