Kenapa Kak Engku Terpekik Terlolong Dalam Radio
Wednesday, December 15, 2010 by Author
RAKAN SS ini nampak aje ranggi, tetapi jiwanya sentimental dan rapuh. Lagu lama menjadi kegemaran dan sudah tentu SinarFM menjadi pilihannya. Tetapi baru-baru ini dia merungut sakan. Luahnya pada SS, kenapa Kak Engku sekarang selepas bercerai suaranya pekik terlolong dalam radio macam orang gila meroyan.
Dulu OK je. Sekarang ini apabila ada pendengar yang menelefon atau kirim SMS mengadu mengenai suami yang curang atau boyfriend cabut lari, Kak Engku apa lagi, mulalah emosi. Janganlah macam itu, waktu bekerja kawallah sikit perasaan itu. Beri nasihat dan pandangan cara berhemah. Jangan terjerit-jerit dan jangan babitkan sekali masalah peribadi.
Rimas mendengarnya. SS bukan apa, nanti lama kelamaan pendengar pun lari. Misalnya, kalau kita tengah sakit dan doktor yang merawat kita tu pulak baik serta lemah-lembut, terus kita rasa sihat. Tetapi kalau doktor itu asyik marah-marah dan muka masam macam cuka, terus masuk ICUlah jawabnya.
Kalau dah tak ada jodoh Kak Engku hendak berbalik semula dengan bekas suami, reda sajalah. Sesungguhnya Allah s.w.t lebih tahu apa yang terbaik untuk kita semua.
Oleh itu kepada Kak Engku, Khairil dan Salleh Yaakob, teruskan kecemerlangan SinarFM. SS sendiri ketawa bagai hendak pecah perut bila tiba segmen Mak Neng. Dalam nada suaranya yang agak kelakar, tetapi nasihat yang disampaikan Mak Neng kedengaran sangat ‘keibuan’. SS yang dah tak ada emak ini, tiba-tiba terasa rindu sangat dengan emak yang dah lama pergi menghadap Ilahi.
Sebagai penyampai radio yang baik, setiap kata-katanya mesti meresap ke dalam hati pendengar, bukannya terjerit-jerit macam dirasuk polong.-hmetro
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com