Cik Khaleeda Bustaman berjaya mencuri hati Tunku Ismail selepas baginda putus cinta dengan pelakon Fazura.
RUANG siber kecoh dengan berita perkahwinan seorang kerabat diraja dari selatan tanah air.
Difahamkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan menamatkan zaman bujang baginda dengan seorang gadis dari Gombak, Selangor.
Gadis yang berjaya mencuri hati Tunku Ismail dikenali sebagai Cik Khaleeda Bustaman dan pasangan tersebut dikatakan bertemu pada tahun lalu.
Gambar Tunku Ismail bersama Cik Khaleeda (kanan) diambil dari Facebook.
Walaupun spekulasi mengenai perkahwinan tersebut tersebar sejak beberapa bulan lalu, ia diperkukuhkan lagi dengan penyebaran surat edaran mengenai mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan pada Khamis untuk membincangkan persiapan hari bahagia itu.
Tunku Ismail dan Cik Khaleeda dijangka melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini.
Cik Khaleeda yang berusia awal 20-an dikatakan menemani Tunku Ismail, 30, dalam beberapa acara rasmi yang dihadiri oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Bagaimanapun Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli enggan mengulas mengenai perkara itu dan meminta menunggu pengumuman rasmi.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com