AKTRES Maria Farida, orangnya cukup cantik, langsing, kulit putih melepak dan wajahnya sentiasa dihias dengan senyuman manis.
Sekali pandang dengan busana hijau terang yang disarungnya, Maria tidak ubah seperti anak dara. Namun hakikatnya tahun ini, pemilik nama sebenar Maria Faridah Atienza itu sudah menjangkau usia 45 tahun.
Tersipu malu saat dipuji, ibu kepada Mizan Ashley, 17, itu yang sudah menjanda lebih 10 tahun tidak menolak andai dia ditemukan jodoh dengan lelaki lebih muda atau lebih tua daripadanya.
Kira-kira sedekad wanita ini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal. Tempoh berkenaan bukan dilaluinya dengan begitu saja, namun banyak sekali pengalaman dikutip oleh Maria Farida, yang nyata mematangkan dirinya sebagai insan.
Biarpun bersendirian, pelakon ini gagah melayari kehidupan tanpa lelaki bergelar suami di sisi. Sedikit pun semangatnya tidak patah, apatah lagi dalam usaha membesarkan anak tunggalnya, Mizan Ashley, 17.
Meskipun begitu, jauh di lubuk hati naluri wanitanya tetap terusik. Walaupun mampu hidup sendirian bersama buah hati pengarang jantungnya itu, rasa dahagakan kasih sayang seorang lelaki berpangkat suami tetapi dirasakan wanita jelita ini.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com