Rumah Tangga Beyonce Bergolak Gara-Gara Kehadiran Orang Ketiga

Beyonce dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pengawal peribadinya, Julius De Boer (kiri).




Umum sudah mengetahui tentang kemelut rumah tangga Jay Z dan Beyonce. Namun kali ini timbul cerita yang mendakwa pergolakan rumah tangga pasangan ini disebabkan oleh orang ketiga.

Menurut laporan media antarabangsa, Beyonce dikatakan mempunyai hubungan sulit dengan pengawal peribadinya, Julius De Boer.



 Jay Z merasa kurang senang dengan keakraban isterinya dan Julius.

 
Apa yang lebih menyakinkan tentang dakwaan itu adalah apabila Jay Z dikatakan mahu memecat lelaki terbabit, namun dihalang oleh Beyonce yang lantang menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai sebarang hubungan.

Menurut satu sumber, Jay Z dikatakan berasa sangsi dan kurang senang dengan keakraban isterinya dan Julius.

"Jay berasa ada sesuatu yang tidak kena antara Beyonce dengan Julius. Beliau bercadang memecat lelaki itu pada Februari lalu, tetapi dihalang oleh isterinya yang menegaskan Julius tidak akan ke mana-mana."

Sebelum ini pada tahun 2009, Beyonce pernah dilihat menginap sebilik dengan De Boer, malah terdapat saksi yang melihat mereka cukup intim ketika keluar dari tempat penginapan berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com