Pelakon Raja Ilya Dibela VIP Bergelar Datuk??

Raja Ilya (Kredit Foto: ROTIKAYA)




Pelakon berwajah persis aktres Bollywood, Raja Ilya Raja Mohamad tergelak saat mendengar desas-desus yang timbul mengenai dakwaan dirinya dibela oleh seorang lelaki berstatus VIP bergelar Datuk.

Menurut wanita berusia 29 tahun ini, dia juga mendengar khabar tersebut sejak selepas kemunculannya sewaktu di malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH'13) yang berlangsung baru-baru ini.

"Saya ada dengar juga tentang perkara itu. Perkara ini timbul sejak penampilan saya di malam ABPBH baru-baru ini. Mungkin pada malam tu orang nampak saya muncul di karpet merah dengan menaiki sebuah kereta sport KTM dan dapat layanan ala VIP di majlis itu.

"Tapi sebenarnya semua itu adalah privilege (keistimewaan) yang saya dapat kerana saya duta KTM dan duta produk Tia Amelia. Pada malam itu saya uga secara tidak langsung mempromosikan KTM.

"Saya tak dibela mana-mana lelaki berstatus VIP. Kalau betul lah saya dibela, bila saya dengar saja cerita macam ni tentulah saya jadi takut. Saya takut kantoi", tuturnya sambil tergelak kecil ketika diminta mengulas mengenai dakwaan dia semakin hidup mewah kerana ditaja oleh seorang lelaki bergelar Datuk.

Mengesahkan dirinya masih solo, Raa Ilya bagaimanapun tidak terkejut mahupun marah dengan kewujudan gosip itu. Sebaliknya dia tenang menghadapi perkara tersebut. Namun pelakon filem Appalam ini tidak menafikan yang gosip tersebut sikit sebanyak menimbulkan rasa bimbang di hatinya.

"Biasalah artis memang tak dapat lari dari cerita sebegini. Tapi saya tidak lah marah kerana yang penting cerita itu tidak benar. Asalkan keluarga, kawan-kawan dan peminat saya percaya dengan bakat saya dan mereka terus menyokong karier saya, itu sudah cukup.

"Cuma, apa yang saya risau bila timbul cerita macam ni nanti takut-takut ia turut menimbulkan rasa curiga dikalangan isteri-isteri lelaki berstatus VIP.

"Maksudnya saya takut, mana lah tahu ada datin-datin yang ingat saya ni ada hubungan pula dengan suami mereka. Tak pasal-pasal nanti lain pula jadinya. Saya tak mahu lah perkara begitu berlaku. Sebab, padahal gosip tersebut tidak benar", katanya yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri 80 episod untuk saluran Astro berjudul, 'Cinta Ibadah'.

- mD

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com