Pelakon Izreen Azminda Sah Bercerai Talak Satu

Izreen  dan Riza

   
Kemelut rumah tangga pelakon Izreen Azminda, 29, berakhir apabila dia sah diceraikan talak satu oleh Muhammad Riza Baharuddin, 31, di hadapan hakim di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan kelmarin.

Menurutnya, mereka bercerai secara baik dan dia tidak membuat sebarang tuntutan daripada bekas suami termasuk soal penjagaan anak tunggal mereka, Adrian Umar.

“Kami bercerai atas persetujuan bersama dan masih berkawan baik demi anak kami. Walaupun saya mendapat hak penjagaan anak sepenuhnya tetapi Riza bebas untuk berjumpa Adrian pada bila-bila masa,” katanya sekaligus mengesahkan sendiri hal (bercerai) itu kepada akhbar Kosmo! hari ini.




Izreen bersama anaknya,  Adrian Umar, 10 bulan.


Sebelum ini ada laporan akhbar menyebut perceraian itu berlaku pada 16 Mei lalu di satu set penggambaran terbaharu membabitkan lakonan Izreen yang turut disaksikan beberapa kru dan pelakon lain. Riza dikatakan menceraikan Izreen di lokasi terbabit selepas mereka bertengkar.

Izreen dan Riza berkahwin pada 31 Ogos 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Adrian Umar, 10 bulan.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com