Sarimah Ibrahim Pertama Kali Bercinta Dengan Jejaka Melayu

l
 Sarimah Ibrahim bersama buah hatinya, Tunku Nadzimuddin Tunku  Mudzaffar.


 Sarimah Ibrahim pertama pertama menjalinkan hubungan dengan lelaki berbangsa Melayu memandangkan sebelum ini hanya jejaka Inggeris menjadi pilihan hatinya.
 

PETALING JAYA: Penyanyi Sarimah Ibrahim mendedahkan bahawa dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang jejaka Melayu yang baru dikenalinya sejak tiga bulan lalu.

Sarimah, 36, berkata, ini merupakan kali pertama dia menjalinkan hubungan dengan lelaki berbangsa Melayu memandangkan sebelum ini hanya jejaka Inggeris menjadi pilihan hatinya.

"Mungkin apabila usia semakin matang, saya lebih mencari keselesaan dan keserasian dalam menjalinkan hubungan cinta.

"Pengalaman bercinta juga berkahwin dengan lelaki berbeza budaya bukannya mudah. Sukar untuk kita menyesuaikan diri. Alhamdulillah, akhirnya hati saya melekat pula dengan lelaki Melayu bernama Tunku Nadzimuddin Tunku  Mudzaffar.

"Lagipun saya perlukan seorang lelaki yang dapat membimbing saya ke arah kebaikan terutamanya berkaitan perihal agama," katanya.

Tambah Sarimah, keikhlasan Najimmudin membuatkan Sarimah terpikat dengan lelaki tersebut dan berharap agar kedua-dua mereka ditakdirkan bertemu jodoh bersama.

Sementara itu, Sarimah yang juga merupakan penyampai radio Mix FM bersama gandingannya iaitu Rod menganjurkan kempen mencari pasangan untuk Sarimah iaitu Desperately Seeking Sarimah menerusi stesen radio tersebut.

Kempen itu dianjurkan sendiri oleh Rod sebelum mengetahui bahawa Sarimah sebenarnya sudah mempunyai kekasih hati.

"Kalau nak tahu, sebelum ini Rod dengan beraninya menganjurkan Desperately Seeking Sarimah, kononnya mahu tolong mencari pasangan untuk saya.

"Memandangkan dia tidak tahu yang saya sudahpun mempunyai kekasih, saya layankan sahaja. Tidak sangka pula Rod mengambil perkara itu begitu serius.

"Sehinggakan, seramai 10 lelaki penyertai kempen itu, hanya tiga saja dipilih. Bagaimanapun saya terpaksa menjelaskan kepada ketiga-tiga lelaki tersebut yang sebenarnya saya sudah mempunyai pasangan sendiri. Walaupun sedikit kesal, mujurlah mereka memahami," ujarnya.





Kesan perceraian lalu, Sarimah tidak pernah berhasrat untuk membina istana cintanya semula sehinggalah dia bertentang mata dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar, 42, iaitu cucunda kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Almarhum Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, pada satu majlis makan malam rakannya yang juga rakan kepada Nadzimuddin atau mesra dipanggil Jamie iaitu nama timangan yang diberi bondanya sejak kecil.

“Tanpa saya ketahui kami berkawan dengan orang yang sama dan ketika makan malam itu saya asyik bertegur sapa serta berbual dengan rakan lain sehinggalah saya terpandang padanya yang duduk di hujung meja memerhatikan saya. Dalam hati saya, ia sesuatu yang menarik dan ia seperti memberi satu isyarat. Daripada saling berpandangan dan mengangkat tangan, dia menegur saya lalu kami berbual panjang.

“Kami berbual lama bertukar-tukar topik termasuk isu perceraian kerana Jamie juga duda, kehidupan dan macam-macam lagi. Kami berdua juga mempunyai banyak persamaan termasuk berkongsi minat dalam sukan.

“Hubungan kami baru saja berlangsung selama tiga bulan namun amat serasi. Kami sudah berjumpa keluarga kedua-dua pihak. Syukur, perhubungan kami berjalan lancar tetapi kalau nak tahu sejauh mana perancangan masa depan, tunggulah dulu. Kalau sampai jodoh kami nanti, saya akan beritahu kerana tiada apa yang saya nak sembunyikan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sarimah bakal muncul dengan sebuah single lagu terbaru berjudul You On My Mind. Lagu tersebut turut menampilkan penyanyi Simon J Bailey.

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com