Alyah Masuk Hospital Kerana Dihempap Lampu 'Spot Light'

Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.

 LAMPU tumpu (dalam bulatan) yang terjatuh dan menghempap Alyah pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Hot FM di Sri Pentas, Petaling Jaya semalam. 

PETALING JAYA: Penyanyi Alyah dikejarkan ke Hospital KPJ Damansara di sini selepas sebuah lampu acara (spot light) terbalik lalu terjatuh atas belakangnya pada majlis rumah terbuka Hot FM di Sri Pentas di sini pagi Jumaat.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi itu, lampu yang ditempatkan di ruang legar stesen penyiaran untuk acara tersebut dikatakan telah dilanggar oleh seseorang menyebabkan ia terjatuh atas badan Alyah.

Sumber yang menyaksikan kejadian itu memberitahu mStar Online, Alyah mengadu sakit akibat peristiwa berkenaan menyebabkan pihak Hot FM terpaksa memanggil ambulan untuk membolehkan dia mendapatkan rawatan.



Tetamu berkumpul apabila sebuah ambulan datang untuk membawa penyanyi itu ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Alyah berada dalam keadaan stabil kerana ia hanya kemalangan kecil tetapi bagi mengelakkan sebarang komplikasi lain pihak penganjur mengambil keputusan membawanya ke hospital.

"Alyah sebelum ini memang pernah mengalami kesakitan pada bahagian tersebut," ujarnya.

Tambah saksi itu lagi, hentakan yang dialami Alyah itu menyebabkan dia tidak mampu bertutur kerana mahu menahan sakit.

Penyanyi lagu Kisah Hati itu hadir ke majlis tersebut bersama-sama selebriti lain seperti kumpulan Forteen, Tomok dan Yuna.

Oleh MOHD AL QAYUM AZIZI

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com