Adele
LONDON: Penyanyi Adele menyangkal khabar angin terbaru yang mendakwa dia sudah berkahwin dengan kekasihnya Simon Konecki secara rahsia.
Menurut Adele atau nama sebenarnya Adele Laurie Blue Adkins, 24, dalam mesej Twitternya, desas-desus dia sudah berkahwin pada Julai lalu sebelum melahirkan anak pada bulan depan adalah tidak benar sama sekali.
“Saya belum berkahwin... Zzzzz,” katanya dalam mesej Twitter seperti dipetik akhbar Mirror.
Spekulasi berkenaan mula tercetus pada malam Rabu (waktu tempatan) lalu selepas sebuah majalah dari Amerika Syarikat iaitu Life and Style memaparkan gambar-gambar penyanyi itu dengan sebentuk cincin perkahwinan di jarinya ketika berada di sini pada Julai lalu.
“Adele dan Simon berjaya menyembunyikan rahsia kehamilan untuk tempoh yang lama, sama seperti berita perkahwinan mereka.
“Dia seorang wanita konservatif dan kelihatan tidak sabar untuk memulakan institusi keluarga. Dia hanya mahu menumpukan pada bayi dan lelaki yang dicintainya,” kata satu sumber.
Mesej Twitter penyanyi lagu Someone Like You itu merupakan salah satu mesej mengenai kehidupan peribadinya yang dikongsi dengan khalayak sejak beberapa bulan lalu.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com