Christopher Nolan
TRAGEDI penembakan yang terjadi pada tayangan perdana filem TheDark Knight Rises pada Jumaat lalu membuatkan pengarahnya, Christopher Nolan terkejut dan kecewa dengan insiden tersebut.
Menurut laporan US Magazine, pengarah itu mengutuk kejadian berkenaan yang dianggap sebagai satu tragedi yang tidak berperikemanusiaan.
"Saya dan semua krew yang terlibat dalam The Dark Knight Rises sangat sedih dengan tragedi yang tidak berperikemanusiaan yang menimpa warga Aurora.
Barisan pelakon The Dark Knight Rises.
"Ia sangat mengerikan. Bagaimanapun, jiwa kami akan sentiasa bersama mangsa dan keluarga mereka," katanya.
Pada Jumaat lalu, seramai 12 penonton dalam sebuah panggung di Colorado yang hadir pada tayangan perdana filem tersebut mati ditembak dan pembunuhnya iaitu James Holmes sudah pun ditahan pihak polis.
Bahan letupan itu ditemui selepas James Eagan Holmes, 24, ditangkap di luar pawagam sebaik sahaja serangan dilakukannya.
Menurut Timbalan Ketua Bomba Aurora, Chris Henderson, ruang tamu rumah Holmes dipenuhi dengan wayar yang disambung ke dalam botol plastik mengandungi cecair yang tidak diketahui.
Suspek juga dipercayai memasang alat pengawal masa di dalam pangsapurinya dengan lagu yang sama dimainkan berulang kali dalam bunyi yang kuat, dalam usaha dia cuba memerangkap polis agar masuk ke kediamannya.
“Jika suspek ditembak mati, tanpa ragu-ragu lagi perangkap yang dipasang di rumahnya itu bakal menyebabkan angka korban yang tinggi,’’ katanya.
Dalam pada itu, polis memaklumkan terpaksa menggunakan robot untuk mematikan bahan letupan tersebut, kerana ia amat berbahaya bagi pihak berkuasa untuk masuk ke rumah tersebut.
Sementara itu, Holmes akan didakwa di mahkamah pada Isnin ini, namun setakat ini punca dia bertindak demikian tidak didedahkan.
Holmes, dibesarkan di kawasan kelas pertengahan dan mendapat ijazah neurosains daripada Universiti California sebelum menyambung pelajaran di Universiti Colorado.
Dia digambarkan sebagai pelajar yang bijak namun ketika kejadian serangan itu, Holmes dalam proses berhenti daripada belajar.
Kejadian pembunuhan beramai-ramai itu mengejutkan Aurora, sekali gus membangkitkan semula kes pembunuhan beramai-ramai pelajar sekolah tinggi Clombia pada 1999 lalu.
Sekolah berkenaan hanya terletak kira-kira 17 batu daripada Aurora dan ketika kejadian, dua pelajar telah melepaskan tembakan rambang, membunuh 12 pelajar dan guru di sekolah berkenaan.
0 comments:
Post a Comment
<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ
<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com