Awal Dan Scha Sahkan Bakal Bernikah Pada 4 Mei Depan


Gambar terbaru Awal dan Scha selepas mengumumkan tarikh perkahwinan mereka yang dijadualkan 4 Mei depan.

KUALA LUMPUR: Pasangan pelakon Awal Ashaari,31, akan melangsungkan pernikahannya dengan Scha Al Yahya,29, pada 4 Mei depan di Hotel Pullman, Putrajaya.

Berita itu diumumkan oleh kedua-dua pihak dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 3.30 petang Selasa.

Majlis resepsi kedua-dua mempelai pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 6 Mei 2012.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari berkata, dia gembira kerana akhirnya dapat memperisterikan Scha selepas menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun enam bulan.

"Sebenarnya saya dan keluarga telah merisik Scha pada 30 Mei lalu. Pada mulanya kami telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan kami lebih awal, cuma jadual kerja yang padat dan masalah tempahan dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikhnya," katanya.

Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir pula memberitahu, dia juga bersyukur apabila ada beberapa pihak yang sudi menaja perkahwinan mereka.

SEBAK… Pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al-Yahya menamatkan teka teki hubungan mereka apabila kedua-duanya mengesahkan untuk menjadi suami isteri pada 4 Mei depan. Pengumuman itu dibuat dalam satu sidang media khas yang diadakan di Ampwalk, Ampang, Kuala Lumpur pada petang Selasa. Majlis akad nikah akan dilakukan di Hotel Pullman, Putrajaya sementara majlis resepsi pula akan berlangsung dua hari selepas itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Awal dan Scha berkenalan ketika digandingkan dalam rancangan “Sehati Berdansa” terbitan Astro tidak lama dulu. Foto menunjukkan Scha cuba menenangkan Awal yang agak sebak apabila bercerita mengenai hubungan mereka.

Terdahulu menerusi siaran Propaganza di Astro Ria Ahad lalu, Awal mengumumkan secara terbuka untuk melamar Scha ketika pelakon wanita itu sedang mengendalikan rancangan tersebut sebagai pengacara jemputan.



Bagaimanapun, jelas Awal, lamaran yang dilakukan secara terbuka itu bukanlah gimik tetapi sekadar ingin menunaikan hasrat Scha yang pernah bertanya bilakah dia ingin dilamar seperti yang dilakukan oleh kebanyakan orang.

"Walaupun permintaan Scha sekadar gurauan, saya tetap mahu menunaikan permintaannya. Bagaimanapun saya harap, pihak di luar sana tidaklah menganggap saya mahu mengikut budaya barat apabila melakukan tindakan itu," ujarnya.

Oleh FERIDE HIKMET ATAK

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com