Angelina Adalah Anak Watie (Elite) Yang Sah...


Digemparkan dengan kehadiran seorang gadis remaja berusia 14 tahun yang menggelarkan namanya sebagai Angelina, menerusi rancangan hiburan sensasi, Melodi di TV3 pada siaran 9 Januari yang lalu, membuatkan seluruh peminat seni berteka-teki.
Mendakwa dirinya merupakan anak luar nikah kepada seorang penyanyi wanita berkumpulan yang kini juga bergelar pelakon, Angelina juga mendakwa di tinggalkan oleh wanita itu sejak dirinya berusia satu hari lagi.
Turut mendakwa dirinya dipelihara oleh sepasang keluarga yang merupakan abang kepada kekasih pelakon wanita ini pada ketika itu, Angelina kemudiannya bersetuju untuk melakukan ujian saringan DNA sekiranya pelakon yang juga ibunya itu tidak mahu mengakui dirinya sebagai anak.
Persoalannya, siapa pelakon yang dimaksudkan oleh gadis remaja ini? Dan benarkah dia dilahirkan sebelum sempat ibu dan bapanya dinikahkan lagi?
Tidak pun sampai beberapa jam Melodi menamatkan siarannya, pelbagai spekulasi timbul mengenai siapa sebenarnya pelakon wanita yang dimaksudkan itu. Namun, yang paling ketara, Watie atau nama lengkapnya, Norwati binti Sadali menjadi antara nama yang menduduki senarai atas carta pelakon yang dikatakan ibu kepada Angelina ini. Apatah lagi pada credit mention pada akhir program menamakan slot tersebut sebagai Anak Watie?.
Menjejaki Watie menemui jalan buntu apabila pelakon yang dikaitkan bercinta dengan Joey ini enggan menjawab telefon dan mesej  pesanan ringkas. Namun, seketika kemudian, seorang saudara terdekat menghubungi Mangga Online untuk menerangkan perkara yang sebenarnya.

Adakah Watie cuba lari daripada media?
Dia tidak berniat untuk meyembunyikan diri daripada mana-mana pihak, namun sebagai orang yang rapat dengannya, saya mohon pihak media tidak terlalu menggembar-gemburkan kisah ini.
Kasihanlah pada Watie, dia sudah terlalu tertekan dengan keadaan dirinya sekarang. Malah, sejak dia bergelar artis, terlalu banyak kisah buruk yang melanda dirinya. Watie semakin tidak sihat dan sering di masukkan ke hospital kerana terlalu tertekan dengan gosip-gosip sebegini.
Benarkah apa yang tersebar sekarang? Adakah Angelina itu anak kepada Watie?
Memang gadis remaja yang keluar di Melodi itu anak kepada Watie, tetapi dia bukan lahir secara haram. Gadis itu adalah anak halal Watie bersama bekas suaminya, 15 tahun yang lalu.
Watie pernah bernikah dengan seorang lelaki warganegara Singapura dan dikurniakan seorang anak perempuan, namun selepas melahirkannya, Watie tidak dapat memelihara anaknya itu kerana suaminya mahu memberikan anak itu kepada keluarga abangnya yang menetap di Johor.
Saya berani bersumpah, kerana ketika itu, saya  tinggal di Johor Bahru bersama isteri saya dan saya menyaksikan semua kejadian itu di depan mata saya. Beberapa kali Watie mahu bertemu anaknya, namun hasratnya dihalang oleh mereka.



Kenapa setelah sekian lama, baru kini anaknya muncul dan mengaku ‘anak luar nikah’?
Dua bulan yang lepas, Watie sudah berjumpa dengan anaknya itu, dan Watie berjanji mahu membawa dia  tinggal bersamanya sekiranya dia sudah selesai urusan kerjanya di Kuala Lumpur.
Malah ibu angkat dan anaknya juga sudah bersetuju dengan permintaan Watie dan selepas itu tidak ada perbincangan lain yang berlaku antara mereka, sehinggalah mereka keluar dengan mengaibkan Watie di Melodi.
Saya agak kesal dengan cara mereka, dan saya anggap, ibu angkat gadis itu saja melakukan perkara ini dengan bermotifkan duit!
Apa maksudnya bermotifkan duit?
Ibu angkat gadis ini sudah menjadi ibu tunggal, jadi sebelum ini dia ada menghubungi Watie untuk minta dibantu dari segi kewangan kerana mereka sekeluarga susah. Malah, mereka juga sebelum ini pernah mengugut mahu berjumpa media untuk menceritakan perkara ini.
Namun, selepas pertemuan Watie bersama mereka, dan selepas Watie bersetuju mahu memelihara gadis itu, saya dan Watie fikir, perkara ini sudah selesai, namun ia masih berlarutan dan dia terus mengaibkan Watie.
Dari caranya saya tahu mereka memerlukan wang, dan apabila Watie enggan memberikan wang dan magu mengambil anaknya itu, mereka melakukan cara ini untuk memalukan Watie.

Apa reaksi Watie ketika cerita ini keluar di Melodi?
Kami tidak sempat menonton Melodi kelmarin, cuma kami diberitahu oleh beberapa rakan tentang perkara ini. Watie sudah tentu terkejut dan malu bila dikatakan dia mempunyai anak haram satu ketika dulu. Saya kasihan melihatnya menderita sebegini, tolonglah faham keadaannya.
Bilakah Watie akan muncul untuk menceritakan cerita yang sebenarnya?
Bukan saya tidak mahu Watie membuat sebarang sidang media untuk menceritakan tentang perkara ini, tapi bila difikirkan balik, lebih banyak keburukkannya daripada kebaikkannya bila dia bersuara.
Namun, sekiranya dia sudah bersedia, kami tetap akan menyokongnya. Cuma satu saya mahu beritahu pada orang ramai, bahawa memang benar gadis itu anak kepada Watie, namun dia bukanlah anak luar nikah seperti yang di dakwanya.
oleh Wahida Othman

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com