Ayu Raudhah Sedang Berpantang, Suaminya Pula Curang?

Monday, June 09, 2014 by
Zaquan Adha bersama anak-anaknya, Muhammad Aisy Qaiser yang berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann (yang baru saja dilahirkan pada 2 Mei lalu).




Diketika isterinya pelakon Ayu Raudhah kini sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua, nama Zaquan Adha tiba-tiba panas ekoran satu gosip di sebuah blog hiburan popular mendedahkan pemain bola sepak kebangsaan itu khabarnya sedang asyik bermain cinta dengan wanita lain di aplikasi sosial, WeChat.

Menurut kenyataan di blog tersebut, melalui susur masa Moments di WeChat, seorang gadis yang tidak dikenali namanya telah tanpa segan silu memuat naik beberapa keping screenshot yang menunjukkan dirinya sedang bersembang dengan Zaquan Adha.



Screenshot seorang gadis sedang bersembang dengan Zaquan Adha di aplikasi sosial WeChat.



Sumber memaklumkan, gadis tersebut merupakan salah seorang gadis sorak atau penyeri (mascot? cheerleader?) untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Zaquan Adha dan Ayu Raudhah mendirikan rumah tangga 21 Januari 2011. Pasangan ini dikurniakan dua oran cahaya mata lelaki, Muhammad Aisy Qaiser yang kini sudah berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann (yang baru saja dilahirkan pada 2 Mei lalu).


-mD

0 comments:

Post a Comment

<> Sila tinggalkan komen dan pendapat anda.TQ

<> Untuk sebarang pertanyaan,cadangan,kritikan,perkongsian berita artis dan pengiklanan.sila email ke: gosipsensasi@yahoo.com