Selena Gomez Bersumpah Tinggalkan Justin Bieber

Friday, January 11, 2013 by
Justin Bieber (kiri) dan Selena Gomez.


HUBUNGAN pasangan muda Justin Bieber dan Selena Gomez dikhabarkan kembali putus cinta baru-baru ini.

Namun Selena telah membuat keputusan untuk tidak memaafkan penyanyi yang menjadi kegilaan wanita di luar sana.

Menurut laporan portal Digital Spy, Selena telah bersumpah tidak akan kembali kepada bekas kekasihnya itu selepas melalui pergaduhan besar beberapa hari lalu.

"Mereka bertengkar lagi dan Selena tidak akan memaafkan kekasihnya itu. Hubungan mereka kali ini benar-benar berakhir," kata sumber.

Sumber lain pula memberitahu bahawa bintang Disney itu menganggap Justin mempunyai sifat yang buruk dan atas alasan itu Selena membuat keputusan untuk penyanyi berusia 18 tahun itu.

"Justin masih lagi tidak boleh menerima perpisahan tersebut selepas kejadian serupa berlaku sebelum ini.

"Mungkin kerana itu juga Justin mula mengambil dadah jenis ganja untuk mengurangkan keresahannya," kata sumber itu.